Dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini, saya sibuk ke sana ke mari menghadiri jemputan perkahwinan. Sebahagiannya ialah dari kalangan bekas pelajar-pelajar saya yang masih ingatkan saya dan sudi mengundang saya untuk meraikan hari bahagia mereka..
Dalam beberapa bulan itu juga, maka menerusi rangkaian sosial Facebook mereka akan mengubah status masing-masing. Ada juga yang memuat naik gambar-gambar majlis perkahwinan itu yang meriah. Secara dasarnya, saya tumpang gembira.. Apatah lagi mengingatkan betapa naifnya mereka di dalam kuliah saya dahulu, dan kini bergelar pegawai, jurutera, suami dan isteri orang.. Selalu saya doakan plajar-pelajar saya akan terus jaya dunia dan akhirat.
Rentetan ini mengingatkan saya pada hari pernikahan saya sendiri bersama Anizah hampir 14 tahun yang lalu.. Lewat petang itu setelah majlis berakhir, saya duduk bersama seorang dari biras saya (suami kepada kakak isteri saya..). Dalam suasana santai di anjung rumah kampung mertua kami, dia menasihatkan saya tentang perjalanan dunia suami isteri..
"Hari ini antara hari paling gembira untuk kau. Aku pun dulu sama juga.." saya masih ingat kata-kata dia. "Setahun dua ini memang paling manis.. Tapi nak kekalkan kemanisan itu selepas 10 tahun dah mula mencabar.. 15 tahun.. 20 tahun.. dan seterusnya akan sentiasa ada cabarannya.." Saya hanya senyum mendengar kata-katanya.
Hari ini, perkahwinan saya sudah hampir 14 tahun. Saya akui kata-kata biras saya itu memang banyak kebenarannya. Memang ada pahit maungnya yang dilalui tetapi bagaimana kita sama-sama laluinya memang menjadi pengalaman yang amat berguna. 14 tahun belum cukup lama sebenarnya. Dalam pada saya mengharungi masa-masa itu bersama isteri saya, selalu saya cuba bayangkan bentuk hubungan dan komunikasi saya bersamanya, 10 tahun, 20 tahun akan datang... Itu pun jika kami sama-sama dipanjangkan umur.. InsyaAllah.
Secara peribadi saya selalu kagum melihat pasangan yang telah berumur tetapi masih mesra bersama. Ada yang memberitahu saya, kalau dibuatkan graf perihal kemesraan mereka, ianya menurun dalam lingkungan umur masing-masing meniti lewat 30an hingga 40 an. Ketika itu, tumpuan akan lebih kepada anak-anak dan pengembangan kerjaya. Kemudian, setelah semua anak-anak membesar dan tidak lagi tinggal bersama atau telah ke sekolah berasrama, kerjaya pula semakin menuju tahap tepu, mulalah mereka kembali memiliki masa tumpuan yang lebih tinggi untuk pasangan masing-masing.
Lalu dapat saya simpulkan bahawa lingkungan umur akhir 30 an hingga 40 an itulah cabarannya. Bayangkan jika dalam tempoh itu, tatkala masing-masing sibuk tadi, berlaku perkara yang betul-betul mencabar hubungan itu... Umpamanya kehadiran orang ketiga yang tidak direstui pasangan (yang direstui itu lain lah... mungkin tidak ada masalah sangat), atau umpamanya juga pasangan memberikan fokus berlebihan kepada kerjaya dan mengabaikan pasangannya.. Semuanya ini mungkin mengguris perasaan pasangan yang mungkin sukar untuk mereka menaikkan graf kemesraan tadi walaupun anak-anak telah tidak tinggal bersama dan kerjaya menuju tahap tepu...
Allah mengingatkan kita.. adakah kamu rasakan kamu telah benar-benar beriman sedangkan kamu belum diuji lagi. Memahami ayat itu, hati saya sebenarnya sangat takut dan waspada.. Dalam masa yang sama, saya berdoa agar saya dan isteri saya dapat sama-sama harungi cabaran itu. Saya mahu kami terus mesra meniti hari-hari tua kami nanti, hanya dengan izin Mu ya Allah.
Tuesday, June 26, 2012
Friday, May 25, 2012
Sunday, April 22, 2012
Warga Asing.. Siapa Yang Sebenarnya Terasing?
Marah benar nampaknya Zed Zaidi apabila hero Singapura Aaron Aziz mengungguli artis paling popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian baru-baru ini. Oh.. saya tidak mahu mengulas panjang lebar hal itu lagi. Rasanya sudah bertalu-talu berita berkaitan hal itu disiar dalam akhbar kebelakangan ini. Cuma sentimen beliau itu yang menarik perhatian saya.
Yang penting, tingkatkan kepakaran asas kita, berani bersaing dalam wadah tanpa sempadan itu dan dukungi semangat itu dengan doa. Ya, cabarannya memang lebih besar dari ruang lingkup fikiran kita.. ada agenda besar segelintir puak di akhir zaman ini yang mungkin menjadi ancaman kepada kita. Doa itu perisai kita.........
Ya, rata-rata di mana pelusuk bumi sekali pun, akan timbul rasa kurang enak di kalangan 'orang asal' apabila yang mendatang tiba-tiba lebih berjaya. Itu sebabnya di sekolah berasrama, janganlah ada dari kalangan junior yang baru sampai sudah nak tunjuk lagak.. buruk akibatnya dikerjakan senior. Di sekolah saya dahulu, seorang junior ditampar mukanya oleh pelajar senior hanya kerana memiliki mata yang menjeling seakan-akan tidak puas hati.. Hah.. itu baru menjeling, belum lagi berjaya dalam apa-apa hal mengalahkan pelajar senior..
Dalam dunia hartanah pula, kini rengus-rengus tidak puas hati juga semakin kuat kedengaran apabila semakin banyak hartanah dibeli oleh para pendatang. Kini sudah ada iklan pembangunan hartanah yang tanpa segan silu mencanangkan pembangunannya sebagai hartanah ideal untuk pesara Singapura.. Yalah, memanglah atas dasar tukaran wang, tentunya warga Singapura memiliki kuasa beli yang tinggi berbanding rakyat kita sendiri. Namun rasanya tak perlulah keluarkan kenyataan sebegitu... Jika sesuai, mereka belilah.. jika tidak sesuai, tidak belilah..
Lalu ramai yang meminta Malaysia mengetatkan pemilikan hartanah oleh warga asing seperti mana yang dilakukan oleh Singapura baru-baru ini.. Namun statistik kajian Malaysia Property Inc. menunjukkan sebenarnya hanya 2% sahaja hartanah di Malaysia ini dimiliki oleh warga asing. Malah dalam masa yang sama nilai wang yang dikeluarkan oleh rakyat Malaysia untuk memiliki hartanah di luar negara berkemungkinan besar lebih tinggi. Berbanding negara-negara lain seperti China, India dan Singapura, kedatangan warga asing dalam kategori ekspatriat (yang mampu memiliki hartanah di Malaysia) sebenarnya merosot -9% sejak tahun 2000.
Dari satu sudut, oh.. baguslah kerana kita tidak perlu bersaing dengan daya beli mereka yang tentunya lebih tinggi.
Namun, apa petunjuknya ini? Ertinya negara kita tidak lagi menjadi pilihan pelaburan asing yang berminat membuka industri cawangan mereka di sini jika trend ini berterusan.
Kesannya? Akan berlakunya ketidaksampaian perpindahan teknologi dari luar yang biasanya membawa pelaburan dan peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia.
Persoalannya mengapa? Kerana di negara-negara yang menjadi pilihan ekspatriat itu kini memiliki rakyat yang lebih tinggi kepakarannya berbanding kita. Juga lebih murah...
Maka kuranglah peluang pekerjaan di kalangan rakyat Malaysia. Juga bagi yang sudah bekerja, maka menjadi terhadlah potensi pengembangan kepakaran teknologi serta peluang memperolehi gaji yang lebih tinggi.
Akhirnya hartanah di negara ini yang tidak disaingi pembeliannya oleh warga asing tadi juga tidak mampu dibeli oleh rakyat Malaysia. Maka, tidak hairan juga melihat lambakan hartanah di Malaysia yang tidak terjual. Hakikatnya daya beli rakyat Malaysia juga sebenarnya mungkin semakin merosot sedangkan warga asing pun sebenarnya tidak berminat sangat membeli di sini.
Rantaian ini membuktikan undang-undang menyekat kemasukan warga asing dalam apa-apa industri di Malaysia ini bukanlah penyelesaian masalah. Yang masuk di sini hanya segelintir yang lebih kurang seperti kita juga. Sedangkan persaingan sebenar sudah dibuka di luar sana tanpa sempadan. Bukankah dunia sudah di hujung jari kita ?
Thursday, February 23, 2012
Stack Effect House 4: The Stack Void
Monday, February 6, 2012
Kenali Sasaran Anda
Kenali sasaran anda. Anda harus boleh membayangkannya. Sasaran yang tidak boleh digambarkan dalam minda adalah sasaran yang kabur..
Kenali kaedah (mungkin juga kaedah-kaedah) untuk mencapainya. Rancang kaedah ini dengan rapi kerana dalam melaksanakan kaedah ini, anda mungkin harus berada dalam kelompok orang-orang yang berlainan matlamatnya. Anda harus kuat kerana mereka mungkin menarik anda ke arah matlamat mereka.
Ini mungkin kerana mereka kasihankan anda (kerana beranggapan hanya matlamat mereka sahaja tiket kejayaan sebenar). Atau mungkin mereka ingin menggunakan anda untuk mencapai matlamat mereka.
Laksana seorang penyerang prolifik penjaring gol.. ia menuntut kebijaksanaan merancang permainan, menggelicik, kadang kala berpusing balik, bertahan dan menggempur sebelum anda melepaskan rembatan. Oh ya, jangan lupa juga berlatih merembat dengan tepat...
Kenali kaedah (mungkin juga kaedah-kaedah) untuk mencapainya. Rancang kaedah ini dengan rapi kerana dalam melaksanakan kaedah ini, anda mungkin harus berada dalam kelompok orang-orang yang berlainan matlamatnya. Anda harus kuat kerana mereka mungkin menarik anda ke arah matlamat mereka.
Ini mungkin kerana mereka kasihankan anda (kerana beranggapan hanya matlamat mereka sahaja tiket kejayaan sebenar). Atau mungkin mereka ingin menggunakan anda untuk mencapai matlamat mereka.
Laksana seorang penyerang prolifik penjaring gol.. ia menuntut kebijaksanaan merancang permainan, menggelicik, kadang kala berpusing balik, bertahan dan menggempur sebelum anda melepaskan rembatan. Oh ya, jangan lupa juga berlatih merembat dengan tepat...
Sense of Self
Knowing others is intelligence; knowing yourself is true wisdom. Mastering others is strength, mastering yourself is true power. - Lao-Tzu-
Set your aim. Go for it......
Being self driven, we need to have a strong moral compass - our true qiblah is what our mind and heart tell us. We dont have to follow trends or the usuall trodden path... We shall lead the way..
Set your aim. Go for it......
Being self driven, we need to have a strong moral compass - our true qiblah is what our mind and heart tell us. We dont have to follow trends or the usuall trodden path... We shall lead the way..
Sunday, November 13, 2011
Kebenarannya Di Luar Sana...

Dalam tempoh beberapa minggu yang lalu, empat orang bekas pelajar berkesempatan datang menemui saya usai majlis konvokesyen mereka. Masing-masing sudah berkerja; 3 orang di Lembah Kelang dan seorang di Batu Pahat.
Setelah sekian lama menguliti kehidupan kampus, mereka akhirnya keluar menempuhi kehidupan sebenar di luar sana. Inilah dunia 'sebenar' untuk ditempuhi. Banyak perkara yang dahulunya serba indah di alam kampus mungkin tiada lagi.
Keakraban rakan-rakan yang pernah tidur sebantal akan mulai longgar lantaran kesibukan kerja masing-masing. Ramai juga mula terpisah jauh berdasarkan lokasi tugas.
Mereka juga kini bertanggungjawab penuh terhadap diri masing-masing. Jika silap langkah dan percaturan di luar, maka tiada orang lain yang boleh dipersalahkan melainkan diri sendiri.
Ini sebahagian keluhan mereka yang saya lihat sebagai sebahagian dari proses kematangan diri. Tidak lama lagi masing-masing akan berkahwin pula.. Nah, semakin besar tanggungjawab yang akan dipikul.
Saya juga pernah melalui proses ini. Nasihat saya berdasarkan pengalaman itu ialah perlunya untuk kita memahami perihal dunia luar itu. Ibaratnya jika kita ingin menari, perlu kita ketahui persekitaran di mana tarian kita itu akan dimainkan. Di atas lantai yang bagaimana? Malah iramanya juga bagaimana? Lalu barulah kita boleh siapkan sepatunya dan rancang liuk lenggoknya tarian itu.
Pada hemat saya, saya lambat menyesuaikan diri ketika baru menjengah dunia luar dahulu. Maka, banyak peluang yang terlepas begitu sahaja dek kerana tiada sumber rujukan dan nasihat.
Bagi para pelajar yang akan menempuhi dunia luar ini, belajarlah mengenali dunia itu seawal sebelum anda keluar lagi. Anda perlu tahu situasi ekonomi semasa, baik di dalam negara mahupun di luar negara terutamanya dari kalangan negara yang berpengaruh besar terhadap ekonomi negara kita seperti Amerika Syarikat, China, United Kingdom dan tetangga kita. Bagi golongan di dalam bidang pembinaan, ekonomi semasa amat berkait rapat dalam menentukan kerancakan daya niaga bidang ini.
Selain itu sistem politik semasa juga perlu diberi perhatian. Kerana inilah saya secara peribadi gembira mendengar perkhabaran tidak sahnya AUKU mengekang pelajar-pelajar dari terlibat secara langsung dalam politik baru-baru ini. Kononnya alasan yang sekian lama diberikan adalah kekhuatiran penglibatan itu akan menjejaskan akademik mereka. Persoalannya apakah maksudnya akademik itu tatkala hari ini ianya dicanangkan mencakupi hal-hal kemahiran insaniah para pelajar.
Di dalam politik adanya penentuan dasar, di dalam politik adanya pengurusan dan di dalam politik juga adanya kemahiran berhujah. Lalu harapan saya, biarlah pindaan AUKU yang akan dilakukan nanti memberi sedikit ruang untuk pelajar terlibat sama. Bukankah politik itu masa hadapan mereka juga? Dengan itu, biarlah mereka bertanggungjawab sama... Percayalah, mereka sudah cukup matang untuk mengurus penglibatan mereka..
Selain itu, penting juga untuk memahami rentak bidang yang mereka ceburi ini. Dalam bidang pembinaan, adalah amat perlu untuk mengetahui siapakah pemain-pemain utamanya. Hari ini ia melibatkan Arkitek, Jurutera awam dan struktur, Jurutera mekanikal dan elektrikal, Kontraktor, Pemaju dan lain-lain.. Apakah peranan mereka ini dan bagaimana mereka mencari makan di dalam bidang ini juga perlu difahami. Kerana para pelajar yang akan keluar ini juga berkemungkinan besar bergantung kepada sistem yang sama untuk mencari makan di dalam bidang ini..
Dan tentunya yang paling penting adalah memahami mengapa mereka ditakdirkan di situ. Kefahaman yang jelas akan membawa maksud yang paling penting dalam hidup ini. Kerana setiap langkah kita akan membawa pengertiannya di akhirat nanti. Dengan itu, jaga diri, pelihara diri, rancang sebaiknya dan di atasnya titipkan doa kepada yang Esa untuk kebaikan dunia dan akhirat.. InsyaAllah mereka ini dapat mengharungi kebenaran dunia luar itu dengan berani..
Subscribe to:
Posts (Atom)





