Saturday, August 8, 2009

"Salam.. boleh mintak tolong sikit tak Din.. Aku cadang nak buat rumah la kat tapak tanah aku tu. Kau ada tak sampel-sampel rekabentuk rumah-rumah setingkat.. Kau bagi kat aku. Aku cadang dalam 3 bulan ni nak siapkan.. kau tolong eh. Ala, nanti aku bagi la projek lukis pelan ni pada kau.."

Ini dialog terdesak biasa yang aku dengar. Sebenarnya baru-baru ni aku dengar lagi. Mungkin dulu aku cuba juga layankan kehendak-kehendak macam ni. Tetapi yakin percayalah.. dari 10 orang yang datang dengan dialog ini, 9 sebenarnya belum benar-benar bersedia untuk mendirikan rumahnya.. Dan kesannya tentu dilampiaskan sekali kepada Arkitek.

Paling utama apabila niat mendirikan rumah itu hendak dilandaskan pada pelan-pelan lama. Lantaran apa yang dapat dibaca sebenarnya mereka tidak bersedia untuk mendapatkan khidmat Arkitek. Harapannya dengan menggunakan pelan-pelan lama maka bayarannya mungkin semurah harga mencetak semula pelan-pelan itu. Jelas, tanggungjawab Arkitek selaku yang mendapatkan kelulusan untuk bangunan itu dibina memang tiada langsung dalam perkiraan mereka.

Keduanya, tanah-tanah 'milik' mereka itu sendiri perlulah jelas milik mereka. Ada yang datang dengan tanah pusaka yang dikongsi ramai dan ada juga yang datang dengan tanah milik orang lain. Secara teknikalnya memang ianya boleh diselesaikan.. tetapi secara realitinya, ianya bukan mudah, apatah lagi untuk mendapatkan persetujuan orang lain yang tiada kena mengena dengan bangunan yang diimpikan itu.

Ketiganya, hendak disiapkan dalam tempoh tiga bulan... Jika tanpa kelulusan pelan, dan dengan menggunakan super kontraktor, ya itu mungkin. Sebaliknya, ia sekadar sasaran kosong. Proses penyediaan pelan itu sendiri akan mengambil masa. Tambahan lagi jika banyak pula komen-komen yang ingin mengubah apa yang dicadangkan oleh Arkitek. Kemudiannya proses kelulusan pelan di Pihak Berkuasa Tempatan pula. Seterusnya barulah proses pembinaan di tapak pula.. Paling ideal sebenarnya adalah dalam tempoh 7 hingga 8 bulan (untuk keseluruhan proses itu). Namun ia juga bergantung kepada banyak faktor-faktor di luar kawalan yang lain.

Lalu kepada yang ingin mendirikan rumah, harapnya lebih bersedia untuk memulakan proses ini. Minta pandangan terlebih dahulu dengan cara menghadirkan diri ke pejabat Arkitek secara formal bersama salinan geran tanah tapak binaan itu.. Dan dapatkan anggaran kos yang sesuai serta cadangan kaedah pembiayaannya. Walaupun boleh dikenakan yuran perundingan untuk nasihat ini, biasanya jarang Arkitek mengenakan bayaran untuk sessi ini kerana ia merupakan nasihat awal yang perlu diberi sebelum pemilik itu tahu sama ada dia sememangnya telah bersedia ataupun sebaliknya.

2 comments:

garuda said...

yalah.. ramai yang ambil mudah produk atas kertas ni.. tapi nak hasil tahap gemilang..

DeadLove said...

hope en sabar dengan semua ni..
good luck untuk en. juga..
sampaikan salam saya pada pn.hanita and en.azman..
miss all of you..=)